Wednesday, February 23, 2011

Tips Untuk Memilih DSLR

Assalamualaikum....

::aieman che ngah::

Mesti ya'all semua pernah ada konflik dalam diri ya'all kan mase ya'all nak beli camera. Be it kamera kompak ke, Dslr ke.

Harini saya akan bercherita berkenaan apa yang ya'all perlu ambil kira sebelum membeli kamera.

Jadi, apa yang ya'all perlu ambil kira? @ your consider?

Pixel – Boleh dikatakan, hampir semua amatur photographer atau pelanggan yang biasa, mengatakan “lagi banyak Megapixel, gambar lagi cantik.” . Jawapan nya??

TIDAK!!!

haha..kenapa??


Pixel bukan lah penentunya… tapi ada faktor lain yang mempengaruhi gambar ya'all… Pixel ni, penting kalau korang nak print gambar besar-besar je. Itu pun, kalau ya'all print, kalau ya'all print pun la, besar mana sangat? In fact, megapixel banyak-banyak ni buat makan memory kad dan hardisk space ya'all je. Jadi Megapixel atau sebenarnya ialah Sensor Pixel ni tak la penting sangat untuk jurugambar amatur ni. Melainkan ya'all nak print besar-besar lah…

Next point. Jenis zoom. Digital zoom atau optical zoom ? Pilih lah camera yang datang dengan Optical zoom. Kenapa? Optical zoom membenarkan ya'all mengambil gambar pada jarak yang jauh dengan lebih jelas tanpa menyebabkan gambar ya'all pecah atau pixelate. Digital zoom ni sama lah macam zoom dalam kamera handphone ya'all. Bila di zoom, gambar tersebut akan jadi seolah2 pecah. Tapi memang pecah pun atau term yang betol ialah pixelate. Atau lebih tepat lagi, digital zoom ni, membesarkan pixel di dalam gambar, sama macam ya'all zoom gambar ya'all kat dalam computer. Kan die jadi tak cantik. Hehehe… haaa… camtu lah… jadi kalau boleh, carilah yang mempunyai optical zoom sekurang-kurangnya 3 X atau lebih…



Jika ya'all memang minat photography tapi rasa macam DSLR tu terlalu complicated untuk ya'all. ya'all cari lah Prosumer P&S kamera. Seperti canon G series atau S series. Yang mempunyai mode separa automatik. Seperti Av, Tv, M sebagai contoh. Ini kerana, kamera kompak yang seperti dinyatakan di atas mampu melatih ya'all menggunakan mode yang ada pada DSLR pada kos yang lebih murah. Tanpa mengabaikan kualiti gambar yang bakal terhasil.

Then, ya'all tengok pula features yang kamera tu ada, sebagai contoh, kamera kompak dari Olympus ada yang bole masuk air, siap kalau kena ketuk, takde apa-apa wooOOoo… Features yang macam tu lah maksud saya, Features yang add value dan mungkin menjadi satu kelebihan untuk ya'all. Kalau ada kamera yang kalis api pun beli lah… ye laa… mana la tau, mungkin berguna… :D

Lepas tu, ke-sedap-pegangan atau erganomik . Cukup sedap tak ya'all pegang kat tangan ya'all. Adakah semua button-button function dia senang di tekan. Adakah menu dia sangat complicated untuk korang faham.

Dan tak lupa, harga… hehehe… berbelanja lah ikut kemampuan masing-masing… jangan di ikut nafsu syaitan tu…

Dan bila di rumus kan kepada point form tips diatas, macam nil ah rupa dia….


1) Megapixel – tak semestinya perlu yang besar-besar.

2) Zoom – Seeloknya, korang beli lah yang optical zoom.

3) Mode – Pilihlah yang mempunya mode separa automatik sebaiknya.

4) Features – bergantung kepada keperluan individu

5) Ergonamik – atau kesedap-pegangan…. Ihihihihih’

6) Harga – Berbelanjalah ikut kemampuan…

























Sekian, Terima Kasih kerana membaca blog saya ni.....

aieman che ngah

Tuesday, February 22, 2011

TERBARU::NISSAN ESFLOW

GREAT NISSAN ESFLOW
::aieman che ngah::

Secret Revealed:Nissan memperkenalkan keret konsep terbaru yang diberi nama Nissan Esflow baru- baru ini di pameran motor antarabangsa 2011 di Gevena.

Ini hanya kereta konsep tapi Nissan Esflow membuktikan kereta sport elektrik mampu menjadi kereta berkonsep hijau dengan memberikan kepuasan pemanduan yang sebenar.

Seperti kereta sport yang lain,Ia memberikan kepuasan pemanduan dan pecutan.
Dengan menggunakan teknologi hijau Nissan Esflow mampu menyaingi kereta-kereta konsep lain di pameran motor show tersebut.

Tanpa diduga, Nissan Esflow bukan sahaja membuktikan perubahan teknologi permotoran dari segi penjanaan tenaga daripada elektrik yang menggunakan kuasa bateri sepenuhnya tapi yang paling mengagumkan dari segi kuasa pecutan yang ditampilkan.

Siapa sangka kenderaan konsep mampu mencapai daya pecutan 0-100km/j dibawah 5 saat.Sungguh mengagumkan walaupun kenderaan ini tidak menggunakan kuasa minyak petrol.

::REVIEW::

~Special Highlight~

At a glance

ESFLOW – a pure EV sports car concept
Rear-wheel drive two-seater
Two electric motors, each driving a rear wheel
Laminated lithium-ion batteries mounted low for best weight distribution
Dramatic styling with wraparound windscreen for unobstructed visibility
0-100km/h in under 5 seconds
Over 240kms on one charge

Sunday, November 7, 2010

LoVe aNd ReLigiOUs

CINTA DAN ISLAM

TOPIK: Pertunangan bukan lesen bebas berduaan



Assalamualaikum kepada semua pembaca.Hari ini saya akan berkongsi ilmu yang bertajuk pertunangan bukan lesen bebas berduaan.

Pasangan perlu manfaat ikatan mendalami ilmu rumah tangga

HARI ini, masyarakat gemar mencanang pertunangan anak mereka dan kemudian memberi kebebasan kepada anak yang sudah bertunang untuk berjumpa serta keluar temu janji berdua seolah-olah pertunangan itu satu lesen besar yang menghalalkan untuk berbuat demikian.

Lebih malang, ada yang terlanjur sebelum majlis akad nikah. Nauzubillah. Sebenarnya, pertunangan satu ikatan yang masih longgar dari segi komitmen kerana hubungan pasangan bertunang masih dalam batas dibenarkan syarak bukan seperti mana suami isteri yang sah.

Pertunangan masih berisiko kerana belum tentu akan berakhir dengan perkahwinan atau terputus di tengah jalan seperti laporan akhbar mengenai insiden bakal pengantin yang melarikan diri kerana enggan meneruskan perkahwinan.








Pertunangan sebaik-baiknya dirahsiakan, seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) perkahwinan.” (Hadis riwayat Ahmad dari Abbdullah bin Zubair)

Ulama mencatatkan, antara kelebihan merahsiakan pertunangan adalah untuk membendung hasad dengki manusia di luar dan kerahsiaan itu menjadikan kita menahan, mengawal perangai serta pergaulan kerana mereka masih belum sah menjadi suami isteri.

Ibu bapa perlu mengawal anak perempuan yang bertunang supaya tidak bergaul bebas dengan tunangnya. Jika dirasakan ikatan pertunangan menyebabkan hubungan bebas, maka ibu bapa perlu memikirkan supaya perkahwinan disegerakan bagi mengelak berlaku keterlanjuran.
Bertunang sebenarnya tempoh untuk pasangan mengenali satu sama lain dalam batas syarak dan sepatutnya dalam tempoh inilah bakal isteri perlu mengambil tahu adakah bakal suaminya seorang bertanggungjawab, beramanah serta rajin beribadah.
Dalam tempoh bertunang juga kedua-dua pihak perlu bermujahadah untuk menambah ilmu rumah tangga.

Dicadangkan pihak berwajib memikirkan mekanisme atau modul khusus untuk pasangan bertunang supaya dibimbing dengan ilmu rumah tangga, kewangan dan pengurusan rumah tangga, kerana pertunangan langkah permulaan kepada alam perkahwinan.

Ikatan pertunangan diamalkan masyarakat Islam tidak dinafikan memberi kebaikan kepada pasangan serta keluarga masing-masing untuk berkenalan dan menjalin hubungan lebih rapat. Malah, bertukar hadiah secara tidak langsung melahirkan kemesraan dan saling menghormati.

Tempoh pertunangan terlalu lama tidak digalakkan kerana takut membuka ruang maksiat kepada pasangan dan sering menyebabkan perkara yang merenggangkan hubungan, seperti kata orang tua pasangan bertunang darah manis.

Jika pasangan sudah berilmu dan bersedia, berkahwin awal memberi lebih peluang mendapat zuriat lebih awal. Zuriat adalah anugerah Allah yang menyerikan suasana hidup suami isteri. Justeru pasangan bertunang perlu menyimpan hasrat ingin mendapat zuriat yang ramai setelah berkahwin.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Berkahwinlah kamu dan mempunyai anak melaluinya, sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang ramai di akhirat nanti.”

Mahu tidak mahu, pasangan perlu menerima hakikat jika ikatan pertunangan yang diharap ke jinjang pelamin terputus. Memandangkan pertunangan bukan perkahwinan dan hanya janji untuk berkahwin, kebanyakan fuqaha berpendapat pasangan bertunang boleh memutuskan pertunangan.

Bagaimanapun, pasangan yang bertunang tidak digalakkan membatalkan pertunangan demi memelihara nama baik pasangan dan keluarganya. Bagi kes putus tunang secara tidak munasabah, pihak berkenaan berhak menuntut ganti rugi di Mahkamah Syariah.

Mengenai pembatalan perjanjian pertunangan, Seksyen 15 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan, jika seseorang sudah mengikat pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau bertulis, bersendirian atau melalui seorang perantaraan dan kemudian enggan berkahwin dengan pihak satu lagi tanpa sebab yang sah manakala pihak satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir perlu memulangkan pemberian pertunangan jika ada atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang sudah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan untuk perkahwinan itu dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam mahkamah.

Peruntukan itu jelas menunjukkan pihak yang memutuskan pertunangan bertanggungjawab memulangkan pemberian pertunangan serta membayar wang yang dibelanjakan bagi tujuan persediaan perkahwinan kepada tunangnya.

Dari segi akhlak, pasangan bertunang digalakkan tidak membatalkan pertunangan mereka kecuali tidak dapat dielakkan dan mendesak, demi memelihara nama baik pasangan dan keluarganya.

Maka tidak seharusnya seseorang lelaki atau perempuan itu mengubah fikiran untuk membatalkan pertunangan kerana itu dianggap memungkiri janji. Hakikatnya, pembatalan pertunangan bukan haram tetapi tidak digalakkan syariat Islam.

sumber: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)